Percaya atau tidak, emas terbukti bisa merubah hidup ramai insan termasuk anda. Tidak kira bentuk dan berat emas tulen yang anda miliki, ia bermakna anda telah menukarkan hasil titik peluh anda kepada suatu harta yang bernilai intrinsik, iaitu nilainya tidak akan hilang kerana emas adalah logam berharga yang amat istimewa. Ia sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi dalam kalangan individu, sektor perindustrian malahan bank-bank pusat di kebanyakan negara.

Ada yang tidak sedar barang kemas 916 yang mereka miliki sempena pernikahan atau ulangtahun perkahwinan sedekad lalu yang berharga sekitar RM30 segram kini telah meningkat harganya kepada RM195 segram. Secara automatik, simpanan mereka bertukar menjadi suatu pelaburan yang menguntungkan. Bagaimana dengan anda? Ketahuilah, purata kenaikan harga emas adalah 20% setahun untuk lima tahun kebelakangan ini.

Kewangan Lebih Terjamin

Ajaibnya, mereka yang menyimpan emas mendapati sikap mereka terhadap wang lebih positif. Mereka lebih berhemat dalam berbelanja dan berusaha meningkatkan pendapatan untuk menambah simpanan emas fizikal mereka. Ini kerana mereka yakin bahawa emas adalah sumber kewangan dalam bentuk harta mudah cair yang membantu dalam:
  • pembiayaan pendidikan anak-anak
  • pembiayaan perniagaan
  • mensucikan harta melalui zakat emas
  • mengerjakan haji dan umrah
  • keperluaan di saat kecemasan; dan
  • mencapai impian memiliki gaya hidup selesa seperti membeli rumah dan kereta.

Pendek kata, mereka lebih peka dan berdisiplin dalam pengurusan kewangan. Sebagai fakta, jemaah haji pada tahun 2002 memerlukan 65 Dinar emas untuk menunaikan rukun Islam kelima tersebut. Namun, jika pada tahun 2012 anda mengerjakan haji, kos anda hanya sekitar 13 Dinar emas. Jimat, bukan?

Alami Perbezaannya

Inilah pengalaman saya dan teman seperjuangan semenjak menjadi Pengedar Sah GCP. Kami bergabung dan bergerak dalam kumpulan EmasCorp untuk berkongsi ilmu dan kemahiran berkaitan simpanan emas ini. Alhamdulillah, berkat  bimbingan peribadi daripada Pengasas GCP, Encik Shamsul Anuar bin Md Ali melalui ilmu dan pengalaman beliau, kini kami telah menganjurkan seminar Transformasi Minda Jutawan Emas di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Melaka.


Syarikat GCP banyak membantu para pengedar dalam pemasaran secara konsisten melalui pengiklanan di akhbar, majalah dan banner selain tanggungan 100% kos penganjuran seminar. Pengedar juga layak mendapatkan produk emas pada harga borong di samping insentif yang lain.

Demi menggalakkan simpanan emas dalam kalangan masyarakat, produk emas keluaran GCP tidak dikenakan kos upah tukang dan harganya lebih rendah daripada harga pasaran. Perkhidmatan sebelum dan selepas belian yang sangat mesra pelanggan juga memberikan satu dimensi kepuasan kepada pengedar dan juga pelanggan. Bagaimana pendapat anda?

Selangkah Ke Hadapan

Dengan pembukaan kedai emas pertama di Cheras dan 9 lagi di serata negara, GCP telah membuktikan kredibilitinya sebagai peneraju emas mampu milik di Malaysia. Selain daripada Dinar, Jongkong Emas dan juga barang kemas rekaan malar segar, GCP juga mengeluarkan rekaan terkini yang cantik lagi menawan. Sebagai pelanggan, anda hanya memilih item yang mana menjadi idaman kalbu.

Syukur ke hadrat Allah SWT, bersama GCP kami dapat meraih keuntungan di dunia dan beramal untuk akhirat. Sebahagian daripada keuntungan syarikat disalurkan ke dana bantuan kemasyarakatan. Tahun ini kami mensasarkan lebih banyak untuk disumbangkan kembali kepada masyarakat.

Oleh itu, EmasCorp mencari rakan usahawan yang gigih untuk bergabung di dalam rangkaian kami untuk menyemarakkan cakna emas di seluruh negara. Kami komited untuk membantu anda berjaya! Sertailah GCP dan temui kami di seminar anjuran kami untuk memahami lebih lanjut bagaimana emas membantu anda mengubah hidup anda.

Sabtu, 19 Januari 2013
9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Dewan Seminar Kohilal,
Diamond Square Business Centre, Off Jalan Gombak, Kuala Lumpur.
SMS untuk mendaftar:
<GCP GBK><nama penuh><bilangan peserta> hantar ke 017-2499 290 (Encik Shafiq Kamal)

Ahad, 20 Januari 2013
9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Dewan Seminar Masjid Saidina Abu Bakar,
Bangsar, Kuala Lumpur.
SMS untuk mendaftar:
<GCP MSAB><nama penuh><bilangan peserta> hantar ke 016-337 4104 (Encik Ibnu Haris)



"Belum sampai seru lagi."

"Belum rezeki lagi. Hutang PTPTN, kereta pun belum settle lagi."

Barangkali ini ayat yang sering kita dengar. Sudah cliche. Namun, mungkin kerana kebanyakan kita merasakan kos untuk menjadi tetamu Allah itu terlalu besar dan kian meningkat saban tahun lalu meletakkan rukun Islam kelima ini di bahagian bawah senarai To-do list. Astaghfirullah.

Biasa kita dengar kos mengerjakan haji ini semakin naik akibat kos tambang, biaya pengurusan dan sebagainya meningkat. Yang ini luar biasa:

"Kos naik haji makin murah la."

Ya. Tak mustahil. Bagaimana? Baik, jom lihat graf ini:

Betul... dengan menggunakan dinar emas sebagai wang, kos naik haji semakin murah! Jom lihat jadual kos naik haji pula:
Jadual kos mengerjakan haji (Pakej Muasasah)
Ini kira-kiranya:

Tahun 2002
Kos (dalam RM) = RM9,000
Harga semasa 1 dinar = RM140
Jumlah dinar diperlukan = RM9,000 / RM140 = 64.29 atau 65 dinar

Tahun 2007
Kos (dalam RM) = RM9,000
Harga semasa 1 dinar = RM348
Jumlah dinar diperlukan = RM9,000 / RM348 = 25.86 atau 26 dinar

Tahun 2012
Kos (dalam RM) = RM9,980
Harga semasa 1 dinar = RM777
Jumlah dinar diperlukan = RM9,980 / RM777 = 12.84 atau 13 dinar

Tahun 2017 dan berikutnya? You do the math. Jika anda memiliki 13 keping dinar emas pada tahun 2012, anda sudah mampu menunaikan rukun Islam kelima ini. Tapi kena ingat, ini kiraan untuk pakej muasasah (kos Tabung Haji) dan tidak termasuk kos-kos lain seperti peruntukan bayaran dam, upah (jika berlaku kecemasan), makan minum, sedekah dan waqaf dan sebagainya. Sebanyak 6 atau 7 dinar lagi diperlukan (pada tahun 2012) bagi kos tambahan jika anda naik haji melalui pakej swasta.

Baik. Mungkin ada bertanya, kenapa harga dinar semakin naik. Hakikatnya, bukan nilai dinar itu bertambah, sebaliknya yang lebih tepat adalah kuasa beli wang fiat yang semakin menyusut akibat dimamah inflasi sedangkan emas adalah penyimpan nilai terunggul. Ianya kalis inflasi. Dengan menyimpan dinar emas dari awal sehingga cukup jumlahnya, kita boleh naik haji pada kos yang lebih murah!

Kisah dinar emas
Pada zaman Rasulullah s.a.w lebih 1400 tahun yang dulu, satu dinar bersamaan seekor kambing. Jika anda memiliki satu dinar emas pada hari ini, ia juga layak ditukarkan dengan seekor kambing. Ini jauh berbeza dengan kisah RM2 yang sama nilainya dengan 10 biji kuih pada tahun 2002 tetapi pada tahun 2012 ia layak untuk ditukarkan dengan 5 biji kuih sahaja.

Tukar mentaliti
Jelas sekali kos naik haji makin murah jika kita gunakan dinar emas. Kita kena yakin rezeki datangnya dari Allah. Kepada diri saya dan bakal Haji dan Hajah sekalian, mari sama-sama mencari 'seru' kerana hidayah perlu dicari. Kita boleh mula merancang dari sekarang. Lebih bijak jika kita bermula awal dan tukarkan simpanan kepada emas yang stabil nilainya. Moga Allah permudahkan.
Kebanyakan daripada kita bertanggapan bahawa harga barang dan perkhidmatan semakin mahal dari semasa ke semasa. Ini kerana mereka tidak mengerti apakah ‘wang’ yang sebenar. Sebenarnya harga barang dan perkhidmatan adalah semakin MURAH!

Ini suatu kenyataan yang benar. Dari tamadun Yunani, Rom dan sehinggalah zaman Rasulullah s.a.w, manusia menggunakan emas sebagai ‘wang’. Jika kita mengukur harga sesuatu barang berdasarkan emas dan bukannya ‘paper money’, kita pasti akan mendapati harga barang dan perkhidmatan semakin murah hari demi hari.

Jom lihat contoh kes ini:


KES 1
Pada tahun 2000, dengan 1 gram emas kita boleh membeli sebanyak 150 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = rm30, dan rm1 = 5 biji kuih). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 gram emas kita boleh membeli sebanyak 360 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = rm180, dan rm1 = 2 biji kuih).

Maka, untuk 1 biji kuih tahun 2000 memerlukan sebanyak 0.006 gram emas, tetapi 1 biji kuih tahun 2012 hanya memerlukan sebanyak 0.002 gram emas sahaja!

KES 2
Pada tahun 2000, dengan 1 kilogram emas kita boleh membeli sebuah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = rm30,000 dan ~rm30,000 = 1 kereta standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 kilogram emas kita boleh membeli sebanyak 3 buah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = rm180,000 dan ~rm60,000 = 1 kereta standard).

Maka, untuk sebuah kereta standard tahun 2000 memerlukan 1 kilogram emas, tetapi sebuah kereta standard tahun 2012 hanya memerlukan sebanyak 330 grams emas sahaja!

KES 3
Pada tahun 2000, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebuah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = RM150,000.00 dan ~RM150,000.00 = 1 rumah standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = rm900,000.00  dan ~RM300,000.00 = 1 rumah standard). Maka, untuk sebuah rumah standard tahun 2000 memerlukan 5 kilogram emas, tetapi sebuah rumah standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 1.6 kilogram emas sahaja!
Memandangkan inflasi jelas sekali mengikis kuasa beli matawang fiat dalam jangka panjang, kita memerlukan jalan untuk mengatasi isu ini dengan langkah yang bijak!

Jika wang disimpan begitu sahaja, sudah tentu nilainya susut dimamah inflasi. Justeru, salah satu cara yang praktikal bagi mengekang kesan inflasi adalah dengan cara menambat wang kita pada sesuatu yang stabil nilainya.

Bagi tujuan ini, komoditi emas memiliki keupayaan dan kapasiti yang terbaik.

Anda kena ingat, dalam hal ini apa yang lebih penting adalah menambat nilai dan bukannya jumlah atau harga. Baik, mari perhatikan senario ini untuk memahami beza antara harga dengan nilai.

Berdasarkan sebuah hadis sahih (sila baca post berikutnya untuk teks hadis ini), pada zaman Rasulullah s.a.w, harga seekor kambing adalah satu dinar emas. Lebih 1,400 tahun kemudian, iaitu pada hari ini, harga seekor kambing kekal sekitar satu dinar.


Mungkin agak pelik bunyinya jika kita menganggap satu dinar seumpama satu Ringgit. Memang betul suatu masa dulu satu Ringgit sangat bernilai sampai dapat membeli sebuah basikal.

Tetapi, nasib dinar emas jauh berbeza. Syiling satu dinar yang diperbuat daripada emas seberat 4.25 gram jika dinilai pada harga semasa, ia bersamaan dengan RM750 atau dengan kata lain ia tetap mampu membeli seekor kambing sebagaimana kuasa beli satu dinar pada zaman Nabi s.a.w sebelum hijrah. Justeru kita boleh buat kesimpulan bahawa emas memiliki nilai yang stabil kerana sifatnya yang kalis inflasi.


Cuba fikirkan. Benarkah harga barang berterusan naik atau ada cerita lain di sebaliknya? Mari ikuti kronologi ini:

Deflasi berterusan
Melalui amalan sistem matawang fiat, kerajaan boleh berbelanja tanpa batasan (dan menambah hutang negara) sehingga belanjawan ekonomi negara mengalami defisit (kurangan).

Inflasi pula berlaku
Bagi menampung defisit tersebut, bekalan wang ditambah melalui sama ada percetakan wang kertas atau tambahan wang elektronik tanpa disandarkan kepada apa-apa komoditi bernilai intrinsik! Apabila bekalan wang dalam peredaran melebihi produktiviti negara, berlakulah inflasi melalui tolakan kos dan tarikan permintaan.

Kesannya, kuasa beli wang fiat semakin jatuh bila mana kita memerlukan lebih nota wang kertas untuk membeli seunit barang yang sama berbanding beberapa dekad yang lalu! Inilah antara punca kepada kebocoran kewangan yang kita hadapi. Hal ini berterusan sehingga satu fenomena yang dipanggil...

Hiperinflasi
Iaitu hilangnya kepercayaan rakyat terhadap matawang dan mereka lebih memilih untuk menjadikan barang tertentu sebagai alat pertukaran nilai (kerana ia bernilai intrinsik).

Tahukah anda apakah barang yang sangat berpotensi itu?

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w lebih 1400 tahun yang lampau, urusniaga dijalankan dengan alat pertukaran berbentuk syiling yang diperbuat daripada emas dan perak.

Epilog
Kelemahan matawang fiat jelas menjadi salah satu penyumbang utama berlakunya krisis ekonomi global. Sejarah membuktikan bahawa era penggunaan matawang piawaian emas (Gold standard) dan bersandaran emas adalah era paling stabil dan kadar inflasi dunia paling rendah. Saya akan sambung berkenaan era keemasan wang emas di posting berikutnya.
Kita sedia maklum terdapat pelbagai instrumen pelaburan disediakan oleh sebilangan institusi kewangan yang menjanjikan pulangan atas pelaburan (return on investment) berkala sama ada setiap bulan, setiap sukuan tahun, setiap tahun dan sebagainya. Pulangan ini biasanya dipanggil faedah (interest), atau yang lebih baik disebut dividen. Fokus perbincangan kali ini bukan berkaitan riba atau keuntungan yang dibenarkan dalam Islam, tetapi berkenaan kesan inflasi ke atas nilai pelaburan.

Inflasi bermaksud penyusutan kuasa beli wang fiat atau lebih jelas lagi disebut penyusutan nilai wang. Jika kadar inflasi sebanyak lima peratus setahun, ia bermakna nilai sebenar wang kita berkurangan sebanyak lima peratus setiap tahun walau pun nilai mukanya masih tetap sama.

Sejauh mana inflasi mempengaruhi nilai pelaburan kita?

Jom lihat kes contoh ini. Katakan kita melabur dalam satu instrumen pelaburan yang menjanjikan dividen sebanyak lima peratus setahun dengan andaian kadar inflasi juga sebanyak lima peratus setahun.


Dari graf di atas, kita boleh katakan secara kasarnya pelaburan ini menguntungkan dengan nilai pelaburan yang jelas meningkat sebanyak lima peratus setiap tahun. Hakikatnya, nilai sebenar pelaburan kita menyusut walau pun jumlah wang dalam pelaburan kita bertambah. Ya, inflasi mempengaruhi nilai pelaburan kita sebanyak kadar inflasi tersebut. Saya jelaskan situasi ini dalam bentuk jadual:


Ilustrasi di atas tidak perlu saya huraikan di sini secara terperinci. Apa yang penting untuk kita perhatikan adalah nilai pelaburan kita sebenarnya menyusut kepada nilai sebenar, iaitu RM803.95 setelah mengambil kira kesan inflasi. Sungguh pun jumlah akhir nilai pelaburan kita meningkat kepada RM1,215.51 tetapi hakikatnya ia telah berkurang sebanyak RM196.05 akibat inflasi yang jelas mengurangkan nilai wang kita.

Justeru, dalam menilai untung rugi sesuatu pelaburan, kita perlu ambil kira kesan inflasi ke atas nilai wang kita. Sifir mudahnya, pastikan kadar (peratusan) pulangan atas pelaburan melebihi kadar inflasi.

Untuk pengetahuan, kadar inflasi negara kita secara puratanya adalah 5% setahun. Jadi, bagi pelaburan yang menjanjikan dividen sebanyak 5% atau lebih setahun, saya menganggapnya sebagai simpanan berbanding pelaburan yang biasa disebut kebanyakan orang. Ya, ini kerana ia tidak menambah nilai kepada kos pelaburan kita sebaliknya hanya menambat nilai tersebut.

Lindungi nilai kekayaan
Bercakap soal menambat nilai wang, saya suka mengajak orang menambat nilai kekayaan dengan menukarkan pendapatan kepada harta yang dapat melindungi nilai kekayaan. Ia adalah suatu langkah yang bijak berbanding membuat simpanan dalam bentuk wang fiat yang jelas dipengaruhi oleh kesan inflasi. Dalam posting berikutnya saya akan ceritakan tentang cara menambat nilai wang yang bijak.
Apa itu inflasi?
Fenomena kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa dinamakan sebagai inflasi. Kesannya, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang kurang daripada sebelumnya.

Dalam bahasa mudahnya, inflasi mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang fiat dalam sesebuah ekonomi. Sebagai contoh, pada tahun 2000 kita memerlukan hanya RM1 untuk 5 biji kuih karipap. Tetapi, pada hari ini (tahun 2012) kita memerlukan RM2 untuk 5 biji kuih yang sama fungsi dan tahap utilitinya (tahap kepuasan).

Apa pula wang fiat?
Wang fiat adalah wang zaman moden yang direka oleh pihak berkuasa pusat (kerajaan) dan tidak mempunyai (malahan tidak mementingkan) nilai intrinsik. Sebaliknya, wang komoditi seperti emas dan perak memiliki nilai intrinsik iaitu nilainya tetap kekal walau pun inflasi. Wang fiat diiktiraf secara meluas kerana kerajaan pusat bertindak sebagai penjamin nilai wang yang sah diperlakukan di sisi undang-undang sebagai bayaran untuk cukai dan lain-lain.

Inflasi rendah, sederhana dan tinggi
Kembali pada inflasi, terdapat 3 jenis kadar inflasi. Kadar inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan (seperti semasa kekurangan sumber pengeluaran) dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang. Lebih hebat lagi, pakar ekonomi bersetuju bahawa hiperinflasi (kadar inflasi yang tinggi) disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang sama ada melalui percetakan wang atau penciptaan wang secara elektronik tanpa bersandarkan pada komoditi bernilai intrinsik seperti emas dan perak.

Kaitan inflasi dan kegagalan wang fiat
Ironinya, majoriti pakar ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan akibat daripada kadar pertumbuhan bekalan wang adalah lebih pantas daripada pertumbuhan produktiviti dalam sesebuah ekonomi.

Apabila wang fiat sentiasa diisukan (bekalan wang ditambah), inflasi akan berlaku dan nilai wang fiat akan dimamah inflasi. Lebih teruk lagi apabila kerajaan yang tidak bertanggungjawab menambah bekalan wang secara berleluasa tidak seiring dengan perkembangan dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan, hiperinflasi boleh berlaku. Inilah kegagalan besar wang fiat sebagai penyimpan nilai yang dipengaruhi kesan inflasi.

Sejarah kegagalan wang fiat dalam tamadun manusia
  1. Germany Weimer Republic (Tahun 1922 hingga 1923)
  2. Hungary (1945 hingga 1946)
  3. Chile (1971 hingga 1981)
  4. Argentina (1975 hingga 1992)
  5. Peru (1988 hingga 1991)
  6. Angola (1991 hingga 1999)
  7. Yugoslavia (1992 hingga 1995)
  8. Belarus (1994 hingga 2002)
  9. Zimbabwe (2000 hingga kini)


Kesan hiperinflasi di Zimbabwe bukti kegagalan wang fiat

Untuk tahu lebih lanjut kisah kegagalan wang fiat ini, anda boleh baca di link ini: http://www.mint.com/blog/trends/hyperinflation-the-story-of-9-failed-currencies/Satu lagi kelemahan wang fiat adalah ia bergantung kepada sistem undang-undang kerajaan yang mengeluarkannya. Seandainya kerajaan tersebut jatuh, mata wang yang bergantung padanya akan turut jatuh. Atau dalam kata lain, nota kertas tersebut tidak lagi bernilai. Contoh yang sangat dekat dengan kita adalah sejarah nota pokok pisang zaman jajahan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942 hingga 1945. Kami akan ceritakan sejarah ini dalam posting yang lain. Insya Allah.



Orang yang bijak dan celik emas, pasti akan menyimpan emas fizikal sebagai salah satu aset yang mesti ada. Pentingnya menukarkan pendapatan kepada harta yang sangat berharga (precious metal) ini kerana...

1.  Emas adalah kekayaan yang sebenar.
Kembali ke zaman sejak manusia mengenali emas. Waktu itu logam ini menjadi lambang kekayaan dan kekuasaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 60 abad yang lalu, tatkala orang Mesir menggunakan jongkong emas yang dicop nama Firaun Menes sebagai medium pertukaran.

Emas telah mendapat tempat di hati manusia kerana kehebatan sifat fizikalnya termasuklah warna kekuningan yang berkilau dan takkan pudar, boleh ditempa kepada pelbagai rupa dan bentuk, boleh dibahagikan kepada unit-unit kecil, sukar diperoleh dan yang paling penting sekali tidak boleh dibinasakan.
Emas memiliki nilai intrinsik, tetap bernilai walau pun dalam bentuk debu.
Apa yang kami nak tekankan di sini, sesuatu objek yang benar-benar sesuai dijadikan penyimpan nilai sepatutnya memiliki nilai intrinsik dan bersifat tidak boleh dibinasakan. Rasanya semua orang tahu bahawa wang kertas hanya memiliki nilai muka (bukan nilai intrinsik) dan jika ia terbakar atau dicarik-carik, ia tidak lagi bernilai.

2.  Kuasa beli emas kekal sepanjang zaman.
Apa yang emas boleh beli pada 14 abad yang dulu masih tetap mampu ditukarkan dengan nilai barang yang sama pada masa kini. Sebagai contoh, harga kambing dewasa yang berkualiti tinggi pada hari ini mempunyai nilai purata RM750 seekor dan nilai 1 Dinar 999.9 pada hari ini juga bernilai RM750. Ada pun pada zaman Rasulullah s.a.w., sekeping syiling emas 1 Dinar 999.9 boleh membeli seekor kambing dengan kualiti yang sama.
Hari ini, dengan 1 Dinar 24K masih boleh membeli seekor kambing dewasa.
Maka, layaklah logam ini dilabelkan sebagai penyimpan nilai yang sangat hebat.

3.  Kuasa beli wang fiat menyusut dalam jangka masa panjang.
Kemampuan beli wang kertas 20 tahun yang dulu tidak sama dengan kuasa belinya pada hari ini. Bandingkan saja sekeping RM2 pada awal tahun 90an mampu ditukarkan dengan 10 biji kuih sedangkan pada hari ini ia hanya bernilai 5 biji kuih. Dengan kata lain, hari ini kita terpaksa membayar lebih nota wang ringgit untuk membeli barang yang sama kualitinya pada suatu waktu dahulu.
Hari ini dengan RM2 hanya dapat 5 biji kuih sahaja.
Kenapa ini terjadi?

Kuasa beli wang kertas menyusut dalam jangka masa panjang akibat kesan inflasi. Umumnya, inflasi boleh didefinisikan sebagai suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.

4.  Emas adalah aset terunggul.
Satu lagi keistimewaan emas adalah kelebihannya sebagai aset mudah cair dan memiliki permintaan yang sangat tinggi. Emas bernilai di mana sahaja.

Emas boleh ditukarkan kepada tunai dengan mudah bila kita menggunakan kemudahan pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) seperti yang disediakan oleh bank Agrobank, Bank Rakyat, Yapeim dan banyak lagi. Atau pun, kita boleh 'let go' sebahagian simpanan emas kita kepada pembeli emas untuk mendapatkan tunai sebagai kecemasan atau sebab-sebab keperluan tertentu.
Emas milik anda boleh dicagar untuk mendapatkan tunai segera.
Selain itu, satu contoh terbaik adalah kes pelarian Perang Vietnam yang mana ribuan pelarian ini telah menukarkan harta tanah dan segala aset yang lain kepada emas sebelum meninggalkan kampung halaman mereka. Emas diterima di mana-mana sahaja. Disebabkan hal ini, mereka dapat memulakan hidup baru dengan mudah di negara persinggahan mereka. Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam (yang sudah tidak laku). Apakah yang akan berlaku?

Keunggulan emas ini tidak terdapat pada wang fiat atau mana-mana matawang di dunia.

5.  Emas tidak boleh dimanipulasikan.
Ya, emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta melainkan ia adalah anugerah Allah Yang Maha Pencipta. Kuantiti emas tidak boleh ditambah dengan mudah sebagaimana wang kertas dicetak sewenang-wenangnya oleh pihak kerajaan. Logam yang bernilai intrinsik ini perlu melalui proses yang sukar iaitu cari gali, perlombongan, penulenan dan penempaan yang memakan masa dan tenaga yang banyak.

Berbeza dengan wang fiat, apabila kerajaan yang tidak bertanggungjawab mencetak wang kertas dalam kuantiti yang banyak (penawaran wang bertambah) menyebabkan nilai wang kertas tersebut menyusut. Penggunaan wang fiat membolehkan kerajaan menguasai dan memanipulasi kekayaan negara.

Kerajaan berkuasa menggunakan akta-akta tertentu bagi mengiktiraf sesuatu nota wang kertas atau syiling yang dicetak sebagai wang sah laku. Kerajaan juga berkuasa menarik balik pengiktirafan tersebut sehingga menyebabkan wang tersebut tidak lagi sah laku.
Syiling Seringgit. Suatu waktu dulu ia sah laku untuk urusniaga.
Emas pula sentiasa bernilai. Tidak ada mana-mana individu atau organisasi yang boleh memanipulasikan nilai emas sebagaimana wang fiat yang telah banyak kali mengalami kegagalan dalam sejarah tamadun manusia.

-----
Tidak pernah berlaku kegagalan emas sebagai wang di sepanjang sejarah ketamadunan manusia. Malah, sejarah telah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia seperti Yunani, Rom dan Parsi menggunakan emas dan perak sebagai wang. Ya, tidak lupa juga zaman Rasulullah dan para sahabat Khalifah Ar-Rasyidin yang turut menggunakan emas dan perak sebagai medium pertukaran nilai yang unggul.

Mungkin posting ini penjelasannya masih kabur kerana niat kami untuk meringkaskannya sebagai bacaan umum. Untuk penjelasan yang lebih, sila ikuti posting kami yang berikutnya.


Powered by Blogger.