Kebanyakan daripada kita bertanggapan bahawa harga barang dan perkhidmatan semakin mahal dari semasa ke semasa. Ini kerana mereka
tidak mengerti apakah ‘wang’ yang sebenar. Sebenarnya harga barang dan perkhidmatan adalah semakin MURAH!
Ini suatu kenyataan yang benar. Dari
tamadun Yunani, Rom dan sehinggalah zaman Rasulullah s.a.w, manusia menggunakan
emas sebagai ‘wang’. Jika kita mengukur harga sesuatu barang berdasarkan emas
dan bukannya ‘paper money’, kita pasti akan mendapati harga barang dan perkhidmatan semakin murah hari demi hari.
Jom lihat contoh kes ini:
Jom lihat contoh kes ini:
KES 1
Pada tahun 2000, dengan 1 gram emas
kita boleh membeli sebanyak 150 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram =
rm30, dan rm1 = 5 biji kuih). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 gram emas kita
boleh membeli sebanyak 360 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram =
rm180, dan rm1 = 2 biji kuih).
Maka, untuk 1 biji kuih tahun 2000
memerlukan sebanyak 0.006 gram emas, tetapi 1 biji kuih tahun 2012 hanya
memerlukan sebanyak 0.002 gram emas sahaja!
KES 2
Pada tahun 2000, dengan 1 kilogram
emas kita boleh membeli sebuah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1
kilogram = rm30,000 dan ~rm30,000 = 1 kereta standard). Tetapi pada tahun 2012,
dengan 1 kilogram emas kita boleh membeli sebanyak 3 buah kereta standard (ini
berdasarkan harga emas 1 kilogram = rm180,000 dan ~rm60,000 = 1 kereta
standard).
Maka, untuk sebuah kereta standard
tahun 2000 memerlukan 1 kilogram emas, tetapi sebuah kereta standard tahun 2012
hanya memerlukan sebanyak 330 grams emas sahaja!
KES 3
Pada tahun 2000, dengan 5 kilogram
emas anda boleh membeli sebuah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5
kilogram = RM150,000.00 dan ~RM150,000.00 = 1 rumah standard). Tetapi pada
tahun 2012, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah rumah
standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = rm900,000.00 dan ~RM300,000.00 = 1 rumah standard). Maka,
untuk sebuah rumah standard tahun 2000 memerlukan 5 kilogram emas, tetapi
sebuah rumah standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 1.6 kilogram
emas sahaja!
No comments:
Post a Comment