Menambat Nilai Dengan Kaedah Simpanan Terbaik

Memandangkan inflasi jelas sekali mengikis kuasa beli matawang fiat dalam jangka panjang, kita memerlukan jalan untuk mengatasi isu ini dengan langkah yang bijak!

Jika wang disimpan begitu sahaja, sudah tentu nilainya susut dimamah inflasi. Justeru, salah satu cara yang praktikal bagi mengekang kesan inflasi adalah dengan cara menambat wang kita pada sesuatu yang stabil nilainya.

Bagi tujuan ini, komoditi emas memiliki keupayaan dan kapasiti yang terbaik.

Anda kena ingat, dalam hal ini apa yang lebih penting adalah menambat nilai dan bukannya jumlah atau harga. Baik, mari perhatikan senario ini untuk memahami beza antara harga dengan nilai.

Berdasarkan sebuah hadis sahih (sila baca post berikutnya untuk teks hadis ini), pada zaman Rasulullah s.a.w, harga seekor kambing adalah satu dinar emas. Lebih 1,400 tahun kemudian, iaitu pada hari ini, harga seekor kambing kekal sekitar satu dinar.


Mungkin agak pelik bunyinya jika kita menganggap satu dinar seumpama satu Ringgit. Memang betul suatu masa dulu satu Ringgit sangat bernilai sampai dapat membeli sebuah basikal.

Tetapi, nasib dinar emas jauh berbeza. Syiling satu dinar yang diperbuat daripada emas seberat 4.25 gram jika dinilai pada harga semasa, ia bersamaan dengan RM750 atau dengan kata lain ia tetap mampu membeli seekor kambing sebagaimana kuasa beli satu dinar pada zaman Nabi s.a.w sebelum hijrah. Justeru kita boleh buat kesimpulan bahawa emas memiliki nilai yang stabil kerana sifatnya yang kalis inflasi.

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.