Cuba fikirkan. Benarkah harga barang berterusan naik atau
ada cerita lain di sebaliknya? Mari ikuti kronologi ini:
Deflasi berterusan
Melalui amalan sistem matawang fiat, kerajaan boleh
berbelanja tanpa batasan (dan menambah hutang negara) sehingga belanjawan
ekonomi negara mengalami defisit (kurangan).
Inflasi pula berlaku
Bagi menampung defisit tersebut, bekalan wang ditambah
melalui sama ada percetakan wang kertas atau tambahan wang elektronik tanpa
disandarkan kepada apa-apa komoditi bernilai intrinsik! Apabila bekalan wang
dalam peredaran melebihi produktiviti negara, berlakulah inflasi melalui
tolakan kos dan tarikan permintaan.
Kesannya, kuasa beli wang fiat semakin jatuh bila mana kita
memerlukan lebih nota wang kertas untuk membeli seunit barang yang sama
berbanding beberapa dekad yang lalu! Inilah antara punca kepada kebocoran
kewangan yang kita hadapi. Hal ini berterusan sehingga satu fenomena yang
dipanggil...
Hiperinflasi
Iaitu hilangnya kepercayaan rakyat terhadap matawang dan
mereka lebih memilih untuk menjadikan barang tertentu sebagai alat pertukaran
nilai (kerana ia bernilai intrinsik).
Tahukah anda apakah barang yang sangat berpotensi itu?
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w lebih 1400 tahun yang lampau,
urusniaga dijalankan dengan alat pertukaran berbentuk syiling yang diperbuat
daripada emas dan perak.
Epilog
Kelemahan matawang fiat jelas menjadi salah satu penyumbang utama
berlakunya krisis ekonomi global. Sejarah membuktikan bahawa era penggunaan
matawang piawaian emas (Gold standard) dan bersandaran emas adalah era paling
stabil dan kadar inflasi dunia paling rendah. Saya akan sambung berkenaan era
keemasan wang emas di posting berikutnya.
No comments:
Post a Comment