Benarkah Pelaburan Anda Menguntungkan?

Kita sedia maklum terdapat pelbagai instrumen pelaburan disediakan oleh sebilangan institusi kewangan yang menjanjikan pulangan atas pelaburan (return on investment) berkala sama ada setiap bulan, setiap sukuan tahun, setiap tahun dan sebagainya. Pulangan ini biasanya dipanggil faedah (interest), atau yang lebih baik disebut dividen. Fokus perbincangan kali ini bukan berkaitan riba atau keuntungan yang dibenarkan dalam Islam, tetapi berkenaan kesan inflasi ke atas nilai pelaburan.

Inflasi bermaksud penyusutan kuasa beli wang fiat atau lebih jelas lagi disebut penyusutan nilai wang. Jika kadar inflasi sebanyak lima peratus setahun, ia bermakna nilai sebenar wang kita berkurangan sebanyak lima peratus setiap tahun walau pun nilai mukanya masih tetap sama.

Sejauh mana inflasi mempengaruhi nilai pelaburan kita?

Jom lihat kes contoh ini. Katakan kita melabur dalam satu instrumen pelaburan yang menjanjikan dividen sebanyak lima peratus setahun dengan andaian kadar inflasi juga sebanyak lima peratus setahun.


Dari graf di atas, kita boleh katakan secara kasarnya pelaburan ini menguntungkan dengan nilai pelaburan yang jelas meningkat sebanyak lima peratus setiap tahun. Hakikatnya, nilai sebenar pelaburan kita menyusut walau pun jumlah wang dalam pelaburan kita bertambah. Ya, inflasi mempengaruhi nilai pelaburan kita sebanyak kadar inflasi tersebut. Saya jelaskan situasi ini dalam bentuk jadual:


Ilustrasi di atas tidak perlu saya huraikan di sini secara terperinci. Apa yang penting untuk kita perhatikan adalah nilai pelaburan kita sebenarnya menyusut kepada nilai sebenar, iaitu RM803.95 setelah mengambil kira kesan inflasi. Sungguh pun jumlah akhir nilai pelaburan kita meningkat kepada RM1,215.51 tetapi hakikatnya ia telah berkurang sebanyak RM196.05 akibat inflasi yang jelas mengurangkan nilai wang kita.

Justeru, dalam menilai untung rugi sesuatu pelaburan, kita perlu ambil kira kesan inflasi ke atas nilai wang kita. Sifir mudahnya, pastikan kadar (peratusan) pulangan atas pelaburan melebihi kadar inflasi.

Untuk pengetahuan, kadar inflasi negara kita secara puratanya adalah 5% setahun. Jadi, bagi pelaburan yang menjanjikan dividen sebanyak 5% atau lebih setahun, saya menganggapnya sebagai simpanan berbanding pelaburan yang biasa disebut kebanyakan orang. Ya, ini kerana ia tidak menambah nilai kepada kos pelaburan kita sebaliknya hanya menambat nilai tersebut.

Lindungi nilai kekayaan
Bercakap soal menambat nilai wang, saya suka mengajak orang menambat nilai kekayaan dengan menukarkan pendapatan kepada harta yang dapat melindungi nilai kekayaan. Ia adalah suatu langkah yang bijak berbanding membuat simpanan dalam bentuk wang fiat yang jelas dipengaruhi oleh kesan inflasi. Dalam posting berikutnya saya akan ceritakan tentang cara menambat nilai wang yang bijak.

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.